top of page

Market Research Group

Publicยท15 members

Borang Maklumbalas Program Motivasi


Penilaian keberkesanan kem motivasi adalah perlu bagi para penganjur yang menjalankan kem tersebut untuk merumuskan hasil dan tujuan sepanjang kem tersebut berlansung sama ada ia menepati objektif kem tersebut diadakan pada awalnya. Penilaian juga dianggap sangat penting kerana kejayaan dan kemajuan sesebuah kem motivasi akan menentukan sama ada program tersebut layak diadakan semula pada masa akan datang atau tidak boleh diteruskan lagi.




Borang Maklumbalas Program Motivasi



Penilaian keberkesanan kem motivasi juga biasanya dapat dibuktikan melalui data yang tepat dengan menggunakan borang kajian kepuasan pelanggan. Antara perkara yang diminta pihak pengajur untuk dinilai dalam borang penilaian tersebut adalah seperti perjalanan kem motivasi, makanan, masa, bahan-bahan program, masa rehat, aktiviti-aktiviti yang dirancang, peranan pemudah cara dan lain-lain. Justeru, maklum balas daripada para peserta adalah sangat penting dalam tujuan menentukan kejayaan kursus motivasi yang dirancang.


Borang No: UPSM/C/4 BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN KURSUS DALAMAN BUTIR PEGAWAI YANG DINILAI Nama : Gred/Jawatan : Kursus dihadiri : Tarikh/Tempat kursus : ___________________________________________________________________________ Tersebut di bawah adalah beberapa soalan selidik. Pegawai yang dinilai dikehendaki menilai keupayaan dalam mengaplikasikan pengetahuan semasa kursus dalam pelaksanaan tugas harian, selepas 3 bulan menghadiri kursus berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas mengenai keberkesanan kursus/latihan